Book Reviewer

“Buku ini wajib dimiliki” oleh setiap pelajar Master dan Phd serta pensyarah-pensyarah untuk dijadikan bahan rujukan.
Sebagai pelajar master ketika itu, saya terkapai-kapai kerana tidak menemui arah atau cara dan gaya yang betul bagaimana untuk menulis sebuah tesis sedangkan saya ada masa 2 semester sahaja lagi untuk menyiapkan pengajian master saya. Dengan izin Allah swt telah bertemu dengan Dr Ruziah yang sedang menulis buku ini. Beliau telah memberi banyak tip-tip yang ditulis dalam buku ini dan telah memandu saya untuk menulis tesis dengan cara yang betul. Saya bersyukur, dalam tempoh setahun setengah sahaja saya telah dapat “submit” tesis saya ke sekolah siswazah dan seterusnya bergraduat dengan jayanya. Saya telah menyambung pengajian saya diperingkat Phd dan saya menggunakan kaedah yang sama iaitu mengikut tip-tip yang telah diberikan oleh Dr Ruziah. Saya menyiapkan pengajian saya diperingkat master lebih lama dari saya menyiapkan pengajian saya diperingkat Phd. Setinggi-tinggi terima kasih kepada Dr. Ruziah Ghazali kerana sudi berkongsi tips dalam buku ini kepada saya.

Aziyah Abu Bakar
Bekas Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin & Pensyarah Sambilan UiTM, Shah Alam.

1 comment: